Laksa Teluk Kechai Kuala Kedah



Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Entri yang sebelum ni aku dah becerita mengenai Laksa Jalanan Teluk Kechai yang mana secara kebetulan terjumpa pakcik penjual laksa itu ketika on the way ke Kuala Kedah.Sila klik link tersebut noh kalo nak tau ceritanya.So entri kali ni nak becerita lagi detail mengenai laksa beras Telok Kechai.So best ke laksa ni.Sedap ke tak? Nak tau kena la rasa sendiri hehe.


So bagi mereka yang ingin berkunjung untuk merasai laksa beras teluk kechai ini maka boleh berbuat demikian dengan singgah di restoren Din Laksa Beras Teluk Kecai atau Zakaria Laksa Teluk Kechai.Kedua-dua restoren ini terletak bersebelahan antara satu sama lain.Macam mana nak pegi? Anda penah pergi naik Feri ke Pulan Langkawi melalui jalan Kuala Kedah untuk ke jeti? Ya kedua-dua restoren ini terletak di bahu jalan untuk menuju ke Jeti Kuala Kedah.
So camana nak cam Restoren ni? Ada satu hint mudah huhu… Kalo ampa tengok keta bersusun sepanjang bahu jalan serupa macam ada kenduri kawin tu maka situ lah terletak restoren ni.. Kedua-dua restoren memang ramai sungguh pengunjung. Aku pun taktau nak bagi petua camana kalo nak cam..sebab jarang pi huhu cuma kalo on da way menghala ke Jeti Kuala Kedah pandai-pandailah jengok belah kanan jalan seberang sana untuk tengok signboard restoren ni pastu U turn hehe.
Pendapat aku mengenai Laksa Teluk Kechai rasanya tidak pedas dan kuahnya cair.Rasanya mempunyai identiti yang tesendiri.So bagi sapa yang minat laksa jenis kuah agak pekat dan rasa pedas so laksa beras Teluk Kechai bukan untuk anda.Aku ada bawak member aku mai rasa laksa ni.. hampeh abih dia kondem.. sebab dia peminat laksa jenis pedas dan kuah pekat.So setiap orang mempunyai citarasa yang tesendiri maka terpaksalah aku menerima segala kritikan member aku itu sebab penat jauh nak mai rasa sekali dia kata tak best huhu…

Bagi aku kalolah restoren itu rasa tak sedap mana mungkin bertahun-tahun lamanya aku dah berkunjung ke restoren ini waktu dulu orang tetap ramai maintain mengunjunginya.Bersusun-susun kereta parking di bahu jalan.Bagi aku ianya berkait rapat dengan JENAMA itu sendiri.Teluk Kechai dan laksa adalah sangat sinonim dengan orang yang berkunjung ke sini.Bila orang lalu kawasan Teluk Kechai terus orang ingat pasai laksa.
Laksa pun ada macam-macam jenis ye tak.Ada laksa Johor, laksa Penang, laksa Singapore dan macam-macam lagilah.So bagi aku laksa Telok Kechai ni ada rasa yang tesendiri dan identiti resipi yang tersendiri.Aku pun peminat setia laksa dari kecik so bila dah makan berbagai jenis laksa dan brand name maka Laksa Teluk Kechai boleh diklasifikasikan sebagai brand name Laksa Teluk Kechai yang boleh ditrade mark kan sebab keunikan resipi yang tersendiri.
So kesimpulannya laksa paling sedap bagi aku ialah laksa arwah mak aku buat hehe..takdak sapa boleh celen.Aku dari kecik salu dok makan laksa.. arwah mak aku kerap buat jugak.So lidah ni dah sebati dengan resipi arwah mak aku dan resipinya sentiasa di ranking no 1 hehe… bagilah laksa mana-mana pun dalam dunia ini maka tak boleh nak celen dengan kesedapan laksa buatan air tangan ibuku.So diharapkan nanti aku dikurniakan isteri yang pandai buat laksa jugak hihi..dah melalut pulak aku so back to real topic hehe.
Ada apa dengan Laksa Teluk Kechai? Nak tau kena rasa sendiri nohh~ Bagi peminat tegar laksa kuah pedas dan pekat jangan marah noh kalo laksa Teluk Kechai ni tak menepati citarasa anda huhu… Kalo anda nak rasa jugak keunikan resipi orang Teluk Kechai so dipersilakan.Resipi turun temurun.Harganya sepinggan RM3.oo tanpa telur.Kalo nak letak teloq kena charge.Bapa ntah aku tak ingat seringgit kot.Oh ya lupa di kedua-dua restoren ini juga ada menyediakan juadah satay.
Akhir kata hayati video di bawah.Bagi sapa yang dah penah rasa maka berkongsilah dengan pembaca dengan memberikan komen di bawah sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment