Bahagian A (i): Ringkasan (20 markah)
Baca petikan di bawah ini dengan teliti
dan tulis sebuah ringkasan tentang kesan pengambilan minuman beralkohol.
Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan
Arak adalah sejenis minuman yang
beralkohol dan boleh memabukkan. Kandungan gula yang tinggi dalam minuman
beralkohol ini juga boleh memudaratkan dan menjejaskan kesihatan si peminum.
Oleh itu, agama Islam mengharamkan umatnya minum minuman keras.
Jika wanita hamil minum minuman keras,
maka pertumbuhan bayi dalam kandungannya turut terbantut. Risiko bayi mengalami
kecacatan atau menghidap penyakit sangat tinggi. Hal ini demikian kerana
alkohol yang mengalir ke dalam tubuh si ibu akan memberi kesan kepada fizikal
bayi serta menjejaskan kesihatannya.
Sekiranya pelajar yang minum minuman
keras pula, mereka tidak mampu mengawal emosi sertahilang keupayaan berfikir.
Keadaan menjadi semakin teruk apabila pelajar mula ketagihan minuman keras itu.
Masalah tersebut akan merosakkan kesihatan pelajar sekali gus menjejaskan
pelajaran dan masa depan mereka. Pengambilan alkohol juga boleh memporak-porandakan
sesebuah keluarga jika Jika dalam sesebuah keluarga itu ada pemabuk.
Pemandu yang memandu kenderaan dalam
keadaan mabuk setelah minum arak pula tidak dapat memberikan tumpuan semasa
memandu. Perbuatan mereka ini melanggar undang-undang jalan raya serta
membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Akibatnya, kemalangan
mudah berlaku dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain. Oleh sebab
minuman beralkohol ini sangat berbahaya, sepatutnya kerajaan mengharamkan
penjualan dan pengedarannya di seluruh negara. Jika tindakan ini segera dilaksanakan
sudah tentu rakyat dapat menjimatkan wang. Tindakan tersebut juga dapat
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk. Bukan itu
sahaja, rakyat Malaysia juga hidup dengan sihat dan produktif kerana bebas
daripada alkohol. Seterusnya, masalah
sosial yang berkait rapat dengan minuman keras ini juga dapat diatasi.
Bahagian A (ii): Pemahaman (10 markah)
1. Berikan
maksud hilang keupayaan berfikir dalam petikan. [2 markah]
2. Apakah
kebaikan-kebaikannya jika kerajaan mengharamkan penjualan dan pengedaran arak
di seluruh negara? [4 markah]
3. Masih
ramai rakyat Malaysia yang gemar minum minuman beralkohol walaupun mereka
mengetahui bahawa minum minuman beralkohol memberi kesan buruk kepada
kesihatan. Pada pandangan anda mengapakah keadaan ini berlaku?
Jawapan Ringkasan Dan Pemahaman
Ringkasan A (i)
Antara kesan pengambilan minuman
berakohol adalah pertumbuhan bayi di dalam kandungan wanita hamil akan
terbantut . Selain itu , risiko bayi itu akan mengalami kecatatan atau
menghidap penyakit sangat tinggi . Antara kesan lain adalah ia akan menyebabkan
kita tidak mampu mengawal emosi serta hilang keupayaaan berfikir. Selain itu ,
ia juga boleh meporak-porandakan sesebuah keluarga . Antara kesan lain adalah pemandu
yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk setelah minum arak pula tidak dapat
memberikan tumpuan semasa memandu .Akhir sekali kemalangan mudah berlaku dan
mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Pemahaman A (ii)
1 . Maksud ‘hilang keupayaan berfikir ‘
adalah lemah daya ingatan .
2. Jika kerajaan mengharamkan penjualan
dan pengedaran arak di seluruh negara , sudah tentu rakyat Malaysia dapat
menjimatkan wang . Selain itu, ia juga dapat megurangkan kadar kemalangan jalan
raya akibat pemandu mabuk .
3. Pada pendapat saya , ramai rakyat
Malaysia yang gemar minum minuman beralkohol walaupun mereka mengetahui bahawa
minum minuman beralkohol memberi kesan buruk kepada kesihatan adalah kerana
kurangnya pengetahuan yang lebih mendalam tentang keburukan alkohol dan juga
sikap ingin mencuba lebih menguasai diri .
No comments:
Post a Comment